"Hati"
Tak sampai seminit aku fikir, aku decide utk letak tajuk tu dengan harapan dapat buka mata org yg baca (kalau ada) hehe XD
Kalau mahu aku definisi kan apa itu hati, rasanya tidak perlu kerana hati itu organ dan semua orang punya hati. Dulu masa aku belum berfikir cara dewasa bersandar kematangan, aku tanya pada diri. Hati itu organ dan ada banyak fungsinya. Dalam hati itu sendiri bukan satu ruang kosong. Glukosa ditukar kepada glikogen juga dalam hati. Persoalan yang aku mahu jawapannya ialah, "dalam hati itu sendiri di mana letaknya perasaan"? Kerana semua sibuk mengatakan hati memegang perasaan. Rindu hadir dalam hati. Cinta bersemi dalam hati. Hati terluka dan sebagainya. Jika itu semua perasaan, lalu di mana?
Tapi itu dulu.
Sekarang aku faham. Jawapannya ialah, perasaan itu tak wujud dalam bentuk yang solid. Hanya sebagai satu rasa. Tapi apa yang aku nak kongsi ialah soal hati. Hati bukan sampah? Kenapa?
Kerana hati tak busuk, tak boleh dipakai dan buang dan hati bukan untuk dipermainkan.
Bagi aku ianya benar. Benar bahawa hati memegang rasa. Rasa itu cinta barangkali. Aku sendiri pernah jatuh cinta. Sengaja
aku gelar jatuh cinta kerana itulah sering menjadi omongan budak baya aku. Tertarik
kepada lelaki yang punya rupa dan peribadi yang pastinya mampu luluhkan hati
kaum hawa. Aku lah antara mereka. Punya akhlak
yang cemerlang dan peribadi yang cun, siapa yang tidak mahu.
Kembali ke realiti, aku tekan reset button dalam hati. Terlalu muda mahu melayari gelora cinta yang badainya entah bagaimana. Belum benar-benar dewasa mahu mendalami makna cinta jika nafsu yang menduduki tahta. Malahan aku belum mampu membalas jasa orang tua inikan pula mahu bercinta layaknya seperti esok sudah tidak terbit suria.
Kata orang, rasa cinta itu fitrah. Ah, kata-kata begitu buat
aku lali. Memang rasa begitu fitrah, sejak azali. Buktinya Adam mencintai Hawa.
Zulaikha menyukai Yusuf. Tapi bagi mereka yang meletakkan Allah yang pertama,
mereka tidak mudah terbawa oleh perasaan semudah itu sahaja. Kerana apa? Kerana
boleh membawa mereka ke lembah maksiat, nauzubillah. Semoga Allah jauhkan kita
semua daripada perkara yang tidak baik.
Kita semua tidak sempurna. Namun sebagai manusia, kita
saling melengkapi antara satu sama lain. Seperti mana Khadijah melengkapi
Rasulullah. Dan aku tidak mahu jadikan hati aku sampah, tempat di mana syaitan
beraja menelusuri lorong nafsu. Jujur sebagai yang memagang status Hawa, aku
impikan mahligai yang sempurna melalui Allah sebagai perantaraan dua hati. Dan
aku yakin, yang lain juga begitu. InsyaAllah bahagia akan menjelma. Limpahannya
adalah hadiah dari Allah yang tidak bisa dibandingkan banyaknya dengan harta di
dunia. Aku yakin itu. Yakin aku pada Dia, semoga tidak luntur.