Benci


Pernah ketikan aku dihentam dulu, aku fikir mungkin ini pertama dan terakhir kali aku diuji dengan cacian dan kutukan. Ketika itu, aku tidak kena sendirian. Tidak memilih jalan pergaduhan, aku serahkan pada pihak satu lagi. Aku mula faham, yang mereka serang kerana sebab lain disebalik sebab yang dinyatakan. Dan aku biarkan perkara itu berlalu. Mungkin aku terasa, tapi aku ikhlas memaafkan sebahagian mereka. Aku redha.

Namun, aku kenali sorang wanita, punya paras rupa mempersona, lirikan mata menggoda dan senyuman yang indah. Aku tak membenci, sekalipun aku kena sekali lagi dengan dia, orang yang sama, tetap aku pilih jalan bersabar. Aku tahu ada hikmah dan aku tak mahu terlalu cepat meminta kafarah. Biarlah, itu urusan dia dan Allah.

Tak apa kalau manusia membenci aku sekalipun, kerana di saat aku melalui kepayahan neraka dunia, dia tidak bersama aku. Dia melihat aku pada satu sisi yang terhad dan yang nyata di matanya hanya cacat cela aku. Terima kasih kepada tuhan membekalkan aku senipis kesabaran yang menunggu masa untuk disiyatkan. Jika kala itu, sabar sudah tidak mampu lagi memadamkan api kemarahan, pasti aku bukan lagi aku. Tapi aku percaya, jika aku memulangkan dengan cara yang sama, aku tidak ubah seperti dia. Yang meletakkan mahkota kematangan tak setaraf pada labelnya status dewasa. 

(: Merci pour la lecture. Faire des commentaires :)

Minggu 3


Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sudah lama nak menaip tapi selalu saje tak kesampaian. Melalui hari mengikut rutin seorang pelajar university dan melihat jarum jam berputar seiring putaran dunia pada paksi. Sebelum terlupa, “Selamat Datang Ramadhan” bulan mulia, penuh keberkatan, insyaaAllah.

Berada di bukan negeri kelahiran sendiri terasa lain terutama dalam bulan ramadhan ini buat kali pertamanya. Selalu abah kejut sahur, mak masak nasi. Bila masuk dapur, mesti tolong susun meja makan. Lainnya terasa kerana sekarang, everything is on your own. Kau nak bangun, maka do something so that kau bangun sahur. If not, nobody care. Tapi Alhamdulillah dan bersyukurlah sebab roommate kau sunnguh prihatin. Kalau terbabas sahur pun, terbabas sama-sama. Hahah.

Tapi bila jauh dari hati yang kau sayang, setiap hari rindu terbit sama naik dengan matahari. Perasaan untuk bersua tu menebal setiap inci ruangan hati kau sepertinya tak punya ruang dah. Terlalu sarat. Jujurlah pada hati, kau juga merindui mereka yang saban hari membuat kau tersenyum. Siapa? Entahlah. Tanya hati kau.

Masa bergerak laju, aku berlari mengejar. Hati aku penat, tapi kaki aku tak berhenti. Kenapa saat masa seperti berhenti sekejap, hati aku menangis? Keinginan aku terlalu tinggi, aku jadi takut jatuh.

Minggu ketiga.

Minggu ketiga duduk dekat UPM ni. Bila org tanya ada homesick tak, to be honest, takde pun. Huuhuu.  Bukan tak rindu, terlalu rindu. Tapi bila kau pergi jauh atas sebab belajar atau apa2 sebab lain, automatically kau akan terasa tanggungjawab tu walaupun tiada siapa yang mengingatkan setiap hari. Tapi pesan semua orang, jaga diri, jaga hati dan paling penting, hubungan aku dengan Allah. Terkadang saat leka, aku terpaling juga. Tapi DIA tak pernah jauh. Sentiasa pusingkan semula langkah aku. Sebab DIA Maha Mengetahui, DIA tahu aku akan lemah kalau jatuh sendiri.

(: Merci pour la lecture. Faire des commentaires :)