Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasihani.
Sudah lama nak menaip tapi selalu saje tak kesampaian. Melalui
hari mengikut rutin seorang pelajar university dan melihat jarum jam berputar
seiring putaran dunia pada paksi. Sebelum terlupa, “Selamat Datang Ramadhan”
bulan mulia, penuh keberkatan, insyaaAllah.
Berada di bukan negeri kelahiran sendiri terasa lain
terutama dalam bulan ramadhan ini buat kali pertamanya. Selalu abah kejut
sahur, mak masak nasi. Bila masuk dapur, mesti tolong susun meja makan. Lainnya
terasa kerana sekarang, everything is on your own. Kau nak bangun, maka do
something so that kau bangun sahur. If not, nobody care. Tapi Alhamdulillah dan
bersyukurlah sebab roommate kau sunnguh prihatin. Kalau terbabas sahur pun,
terbabas sama-sama. Hahah.
Tapi bila jauh dari hati yang kau sayang, setiap hari rindu
terbit sama naik dengan matahari. Perasaan untuk bersua tu menebal setiap inci
ruangan hati kau sepertinya tak punya ruang dah. Terlalu sarat. Jujurlah pada
hati, kau juga merindui mereka yang saban hari membuat kau tersenyum. Siapa? Entahlah.
Tanya hati kau.
Masa bergerak laju, aku berlari mengejar. Hati aku penat, tapi kaki aku tak berhenti. Kenapa saat masa seperti berhenti sekejap, hati aku menangis? Keinginan aku terlalu tinggi, aku jadi takut jatuh.
Minggu ketiga.
Minggu ketiga duduk dekat UPM ni. Bila org tanya ada
homesick tak, to be honest, takde pun. Huuhuu.
Bukan tak rindu, terlalu rindu. Tapi bila kau pergi jauh atas sebab
belajar atau apa2 sebab lain, automatically kau akan terasa tanggungjawab tu
walaupun tiada siapa yang mengingatkan setiap hari. Tapi pesan semua orang,
jaga diri, jaga hati dan paling penting, hubungan aku dengan Allah. Terkadang saat
leka, aku terpaling juga. Tapi DIA tak pernah jauh. Sentiasa pusingkan semula
langkah aku. Sebab DIA Maha Mengetahui, DIA tahu aku akan lemah kalau jatuh
sendiri.
Awaaaaaaaak!! I totally feel you this timeeeee. Gawd I miss my family and you too! πΏπππππππ
ReplyDelete